COPYRIGHT WARNING!

ALL IMAGES ARE THE SOLE PROPERTY OF http://neenaanuar.blogspot.com. ANY REPRODUCTION, REPRINTING AND REPUBLISHING OF ALL IMAGES FROM THIS WEBPAGE, WITHOUT THE SOLE PERMISSION OF THE BLOG OWNER ARE EXPRESSLY FORBIDDEN! (Kalau anda mencuri, anda berdosa! Saya tak nampak, tapi Allah Maha Mengetahui!)

Tuesday, July 8, 2014

Si Pencurik Gambar!

Aku sebenarnyer tak de mood nak update blog dari semalam...  tapi bile dpt gambar nie dari one of blog reader.. terus roh update blog menerjah!



Traditional aiskrim yg ade gambar aku nie di jual kat Uptown Melaka katanye!
Hurmm.. memang lumrah dunia skg... manusia dah pedulik pasal soal halal haram.! Honestly aku tahu masalah kes curik gambar nie sgt2 lumrah dlm dunia seorang blogger.. and aku tahu bukan aku sorang jer yg ade masalah gambar kene curik nie!   And gambar kene curik nie jugak sering membelenggu golongan artist!  So blogger dan artist dah jatoh dlm ketegori yg sama dah skg nie! Ahahhaa..
Well.. entah lah.. honestly aku dah tak kuasa nak layan org yg curik gambar aku tanpa kebenaran nie!  Bukan aku nak membiarkan.. tapi aku rasa dah penat sgt dah nak layan kerenah manusia yg suke makan duit haram nie!  Kalau takat sorang dua boleh lah aku nak call.. or pm dia utk request dia removekan gambar aku.. tapi kalau dah berpuluh.. beratus?  Tak terlarat nak pantau dah!  Just like CT nurhaliza.. dia tu lagi lah.. aku rasa berapa ramai peniaga kat luar sana yg amik gambar2 dia utk business dan kepentingan peribadi mereka sendiri!  
Macam gambar aku tengah makan aiskrim tu.... kalau tengok pada kotak aiskrim tu.. aku rasa peniaga nie dah confirm2 org islam... kalau org islam.. aku budget mesti lah melayu!  Haaaaaaaa... nie lah dia penyakit org melayu islam dalam berbusiness... nak keluarkan kos amik gambar tak nak.. nak mudah.... nak cepat kaya... nak buat marketing nampak menarik.... tapi dengan cara jadik pencurik!  Please lah halusi susur galur duit yg masuk dlm poket tu...  halal 100% ker duit yg masuk dlm poket tu nanti?  Dari segi gambar yg digunakan tanpa pengetahuan aku sendiri tu  pun dah dapat dosa dah sebab aku tak pernah memberi keizinan utk mengguna pakai gambar aku utk product aiskrim dia!  
Kalau betol ikhlas berniaga... gambar utk marketing tu pun takkan sanggup dicurik!  Adelah lebih baik guna jer camera phone kite sendiri utk amik gambar... guna lah anak beranak kite ker... saudara mara kite kite.. budak2 yg tengah makan aiskrim ker.. just amik gambar yg kepunyaan awk sendiri utk di tempek kan kat kotak aiskrim tu!  Itu adelah lebih ikhlas dan jujur dlm berbusiness!  Walaupun gambar tu tak secantik gambar aku tapi ko kene terima apa sahaja yg mampu kau laku kan!  Sorry aku terpaksa kata gambar aku tu cantik walaupun aku tahu gambar aku tengah makan aiskrim tu gonjeng gilerr... tapi kalau tak cantik takkan lah dia tergamak nak amik gambar aku tu as one of marketing picture utk produc t aiskrim dia kan??? kahhhh!
Tapi serious sedih betol lah... aku tengok memang kebanyakkan nya org melayuuuuuu islammm yg suker buat kerja2 bangang camgini!  Usaha tak nak.. tapi mencurik dan menganiaya nakkk sgt!  Usaha dapat pahala tak nak.. nak jugak mencurik utk dptkan saham dosa!   Serious golongan camgini memalukan agama dan bangsa!  Dah lah dlm bulan ramadhan nie... boleh pulak mencarik rezeki dalam keadaan tidak 100% halal!  
As for me.. memang aku tak halalkan org yg berniaga guna gambar aku!  Gambar aku boleh didapati kat google tu adelah hak aku milik aku sepenuhnya!  Kalau org google carik gambar and perlukan gambar tu utk tujuan bukan membuat keuntungan aku boleh terima.. it just like dulu ade budak pernah pm aku ckp nak mintak izin guna gambar2 percutian aku utk dia buat assignment dia... so ok.. aku bagi izin... then ade jugak yg mintak gambar permandangan aku pergi bercuti di pulau redang utk dia letakkan kat background desktop dia.. itu semua aku izinkan... yg aku tak izinkan nie ko amik gambar aku utk tujuan berbusiness dan jugak utk tujuan yg bukan2.!
Ade jugak hari tu one reader bagi tahu aku gambar aku ngan Farah AF yg tengah mengandung di upload kat kat satu FB fanpage yg mengarut!   Walhal aku ngan farah sama2 pakai jubah.. menutup aurat segala.. baju tak ketat pun... Cuma farah lah nampak perot dia besar sebab dah sarat sgt mengandung... and yet boleh jer org gunakan gambar tu utk fan page yg mengarut!  Aku dah buat report.. and dari apa yg aku tengok kat fanpage tu.. memang golongan yg memuat naik gambar & memberi komen kat fanpage mengarut tu adelah golongan melayu islammm!  This is soo sad!
Apapun... aku tetap tak halalkan gambar aku diguna pakai sewenang-wenang nya!  Dulu aku dah pernah buat satu entry khas pasal copyright gambar dari I’m Yourss nie... and kalau tengok kat blog aku nie pun.. kat atas sekali tu aku dah letak warning with red font about the copyright warning!  But yet at the end warning tu masih tak diendahkan oleh sesetengah pihak yg tak bertanggungjawab!  Its ok.. aku tak tahu.. tapi Allah Maha Mengetahui... aku tak nampak.. tapi sesungguhnya Allah Maha Melihat!  Lagipun apa lah bidang kuasa aku utk menahan perbuatan mereka yg tak bertanggungjawab ... biar lah Allah jer yg memberikan hukuman yg setimpal buat mereka!
And tolong lah belajar menghormati HAK orang lain...  jgn sesekali amik mudah pada setiap perkara yg ade disekeliling kite!  pada anda yg nak buat business mungkin anda menganggap itu satu perkara remeh.. tetapi bagi owner gambar tersebut dia tidak memandang perkara itu sebagai satu perkara yg remeh temeh!  jika anda rasa anda berhak utk dihormati... maka belajar lah utk menghormati insan lain terlebih dahulu..
Peace!

8 comments:

BaTiK_PiNk said...

Haah la, pernah nampak gambar sebijik macam ni kat pasar malam taman Yani...gambar tu la! Pakcik jual aiskrim....

MOMMYLIN said...

saman kak.. mintak royalti.. kikikki... dorang ni semua nak budget je..

Akak Kembang said...

Pun penah mengalami org curi gambar dr blog letak dalam FB dekorasi dia..tak kisah pun tapi mintak izin tu perlu,,,

PetakBunga said...

senag betul dia buat bisness.
entah lah..

Queen said...

u pegi kat org jual ais krim tu. uamik dan makan je depan die tanpa bayar dan tanpa rasa bersalah.. kalau die sound.. u cakapla.. eh.. tengok..kat kotak ni ada gambar saya.. saya lah punya.. pencurik!

Unknown said...

sabar Neena...

Hazmin Hamudin said...

Memang tak boleh buat apa dah kan dengan kes macam ni. Letak watermark pun orang boleh padam jugak. Agaknya kena letak watermark besar2 dekat gambar tu. Tapi dah hilang seri pulak gambar tu.

Wak Lat said...

bengang kan org curik gmbr kita tanpa izin., huhu2 sbb tu sy letak watermark luas semedang kat semua foto2 sy amek ., ;p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails